2000 ESSAY COMPETITION ON KOREA
Tajuk: Korea yang Kukenali
Hati saya berdebar-debar. Fikiran saya bercelaru. Sudah sekian malam, saya tidak dapat tidur lelap. Banyak kerja kursus terbengkalai kerana tidak dapat menumpukan perhatian. Fikiran saya asyik saja terganggu. Adakah perkara tersebut hanya semata-mata agen penawar hati saja? Akan terus hilang bila balik ke dunia sebenar. Mahukah saya meneruskan perjuangan ini? Saya mahu pergi ke Korea! Saya tidak berharap ia hanya indah dari rupa saja. Saya memang bersungguh-sungguh. Saya percaya bahawa harapan tetap harapan bukan impian asalkan saya bertekad.
Hati saya berdebar-debar. Fikiran saya bercelaru. Sudah sekian malam, saya tidak dapat tidur lelap. Banyak kerja kursus terbengkalai kerana tidak dapat menumpukan perhatian. Fikiran saya asyik saja terganggu. Adakah perkara tersebut hanya semata-mata agen penawar hati saja? Akan terus hilang bila balik ke dunia sebenar. Mahukah saya meneruskan perjuangan ini? Saya mahu pergi ke Korea! Saya tidak berharap ia hanya indah dari rupa saja. Saya memang bersungguh-sungguh. Saya percaya bahawa harapan tetap harapan bukan impian asalkan saya bertekad.
Pengetahuan tentang kedudukan geografi Korea bukan lagi menjadi perkara asing bagi saya. Saya telah mengenali Korea sejak dari dulu. Saya masih ingat bahawa negara Korea mempunyai kesamaan dengan Semenanjung Malaysia, iaitu ia terdiri sebuah semenanjung yang dikelilingi oleh tiga lautan. Korea dipisahkan dari negara Jepun oleh Selat Korea. Di bahagian timurnya terdapat Laut Jepun dan di bahagian baratnya ialah Laut Kuning. Di bahagian Utaranya bersempadan dengan negara China.
Selepas Perang Dunia ke-2, Korea dibahagikan kepada dua kawasan politik yang berlainan, iaitu Korea Utara (Rusia) dan Korea Selatan (Amerika Syarikat). Pyongyang adalah ibu negeri Korea Utara, manakala Seoul adalah ibu negeri Korea Selatan. Jumlah luas kawasan Korea ialah kira-kira 222 154 km persegi. Pada keseluruhannya, Korea adalah sebuah negara yang bergunung-ganang. Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Pai Tou (2,744m) yang terletak di Korea Utara. Di bahagian utara, Sungai Yalu (Amnokkang) dan Sungai Tumen (Tuman-gang) membentuk sempadan dengan China. Di samping itu, Korea juga mempunyai kira-kira 3,000 buah pulau yang indah dan juga kebanyakan aktiviti perikanan dilakukan di situ.
Rantau ini dipercayai diduduki oleh hampir 50 juta orang Korea. Oleh kerana Korea berdekatan dengan Tanah Besar China, fahaman Buddhisme dan Confucianisme tersebar luas dalam kalangan penduduk.
Pada tahun 1988, Korea berjaya menjadi tuan rumah dalam sukan Olimpik di Seoul. Asia-Europe Meeting (ASEM) juga telah dijalankan pada tahun 2000 di Korea. Pada tahun 2002, Korea akan menjadi tumpuan dunia sekali lagi apabila menjadi gabungan tuan rumah dengan Jepun untuk FIFA World Cup.
Baru-baru ini Korea Utara dan Korea Selatan sedang dalam peringkat perbincangan untuk mencapai kesefahaman dan kesepakatan baru melalui kerjasama serantau dalam ekonomi dan politik. Hal ini memang diperlukan untuk pembangunan ekonomi serantau dan sesuai dengan sahut Dunia Harmoni. Saya mendoakan kejayaan usaha mereka!
Saya mesti menyiapkan script saya secekap mungkin. Tapi, bagaimanakah rupa dan keadaan negara Korea??? Saya tidak boleh menghampakan rakan-rakan saya.
Perkara hari itu masih segar dalam ingatanku. Masa itu, saya tengah berhempas pulas mengulangkaji pelajaran. Saya cuba sedaya upaya memasukkan segala ilmu ke dalam kotak ingatanku yang sudah sekian padat dan hanya menunggu masa untuk meletup. Otakku penuh dengan subjek ‘Kestabilan dan Kawalan Pesawat terbang, sistem Pendorongan serta Kaedah berangka’.
Hai! Sampai bila saya akan terus begini? Bila masanya saya dapat menenangkan jiwaku? Adakah ini kehidupan mahasiswa masa kini? Tidak, saya tidak mahu menjadi manusia yang hanya mengenali saki-baki sais dan teknologi saja. Saya bukannya robot yang menerima apa yang diajar saja. Saya mahukan kepelbagaian hidup. Saya ingin meluaskan padangan saya.
Tiba-tiba fikiran saya terjaga dari terus terjerumus dalam alam imaginasi. Mata saya secara automatik hinggap di atas sehelai keratan akhbar yang terlantai di atas meja tulis saya. Terukir senyaman manis di mulut seorang sahabat saya. Dengan suara yang bersemangat, dia menggalakkan saya untuk menyertainya.
Memang ini peluang keemasan bagai saya. Saya tidak kesampaian untuk menolak. Peluang ini bagaikan sebuah perahu dalam lautan yang meluas. Hanya perahu yang mampu memimpin saya untuk keluar dari lembah kegelisahan. Saya mesti menghargainya. Semangat saya kembali membara. Sebenarnya, saya memang seorang yang dilahir untuk merantau. Saya suka melancong ke banyak tempat, khususnya tempat yang indah dan penuh misteri. Pada saya, semua benda dalam dunia ini adalah unik dan istimewa. Semua ini hanya menunggu kita untuk menerokainya.
Korea memang terkenal dengan keindahan semulajadi. Korea mengalami iklim monsun sederhana. Dalam musim bunga (akhir bulan Mac hingga bulan Mei), kita akan terlihat bunga forsythia, azalea, magnolia dan lilac berkembang megah di bukit-bukau dan tanah lapang. Dalam musim panas (bulan Jun hingga awal bulan September), kehijauan hutan dan padang serta kebiruan lautan yang jernih menjadi daya tarikan pelancong pada cuti musim panas. Dalam musim luruh (bulan September hingga bulan November) pula, suasana yang sederhana sejuk dan langit yang cerah menambahkan keceriaan dan keselesaan. Daun mulai luruh seakan-akan menyambut kedatangan musim luruh serta menutupi seluruh bukit membentuk corak yang menarik dengan warna merah kuning. Akhirnya, musim yang saya nanti-nantikan akan tiba. Dalam musim sejuk (bulan December hingga tengah bulan Mac), Salji yang putih turun dari langit serta kanak-kanak meluncur menghiburkan suasana musim sejuk di Korea.
Dengan terwujudnya kejadian alam ciptaan tuhan yang istimewa ini, sudah tentu mempunyai ramai penghuninya. Pelbagai fauna dan flora telah dikenalpasti berhabitat di tanah ini. Antara mamalia ialah mandarin vole, badger, marten, weasel, wild boar, shrew, hamster and muskrat. Yang menarik ialah Korea mempunyai banyak spesies burung. Contohnya black grouse, hawk owl, rufous-bellied woodpecker, lesser-spotted woodpecker, black white-bellied woodpecker dan three-toed woodpecker. Antara pokok bunga pula ialah Camellia japonica L., Cinnamomun camphora Siebold, Ardisia pusilla DC., Quercus myrsinaefolia Blume, Ligustrum japonicum Thunb., Korthalsella japonica (Thunb.) Engl., Rhaphiolepis umbellata (Thunb.) Makino, Neolistsea sericea (Blume) Koidz. dan lain-lain lagi.
Semua ini belum pernah saya temui dalam hidup saya. Saya berharap boleh lihat dengan mata kasar saya sendiri dan mampu merakamkannya dalam kenangan hidup saya.
Ketika saya di bangku sekolah menengah, saya kerap kali menjadi peserta setia dalam kebanyakan aktiviti kokurikulum. Saya pernah mengembara ke dalam hutan belantara, pernah berkhemah di tepi pantai. Saya juga pernah menyertai arcara kebudayaan pelbagai kaum. Setiap kali ekspedisi pasti membawa pengalaman dan kenangan manis kepada saya. Namun, melalui lawatan sedemikian masih tidak dapat memenuhi kepuasan saya. Saya seperti mendapat ketagihan yang mendalam. Saya amat bercita-cita melancong ke luar negara.
Kemuncak kemarakan semangat berlaku ketika saya lepasan SPM. Saya memberanikan diri untuk menyuarakan hasrat saya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Suasana menjadi regang beberapa ketika. Belum sempat saya dapat menjelaskan situasi saya, suara bantahan bapa telah menghancurkan harapan saya. Saya dapat membaca keberatannya semasa melihat kedutan di dahinya. Saya memang tidak sengaja melukai hati ibu bapa saya. Saya tahu mereka tidak berdaya. Saya akur bahawa keluarga saya miskin. Kakak-kakak saya tengah belajar. Seorang berada di Tingkatan 6 manakala seorang lagi di kolej tempatan. Tambahan pula, tengah kemelesetan ekonomi, soal makanan dan pakaian masih menjadi topik perbincangan setiap hari. Namun, saya masih tidak berpuas hati sebelum dapat mendengar alasan daripada mereka. Dengan suara yang lembut, ibu menjelaskan keadaannya lalu memecahkan segala ketegangan kami sebelum ia bertambah buruk.
Malangnya, kesungguhan ini diakhiri dengan kehampaan. Sebenarnya, saya telah bergolak langkah untuk mengumpul semua maklumat tentang pembelajaran di luar negara. Saya menghadiri hampir semua ceramah bimbingan lanjutan pelajaran anjuran sekolah mahupun pihak kolej swasta. Malah, saya sanggup menghabiskan masa berjam-jam dalam bas dengan tujuan menghadiri pameran bimbingan pembelajaran sedemikian. Pada masa itu, ibu bapa memarahi saya kerana asyik saja berkeliaran. Saya secara senyap-senyap menjadikan bilik saya pusat segala maklumat. Dalamnya dilonggok dengan pelbagai risalah dan borang pemohonan. Selain itu, buku atlas dan geografi sudah menampakkan penuaan dengan penuh kesan calar dan lipatan setelah melalui proses pencarian yang intensif.
Kemudian, disusuri pula dengan proses pemilihan tempat. Saya harus mengambilkira kedudukan kewangan keluaraga saya, lokasi dan iklim negara. Akhirnya, negara-negara Asia Timur yang paling memukau hati saya. Rantau ini mempunyai iklim yang empat musim, kebudayaan yang istimewa, makanan yang lazat, penduduk yang mesra serta mempunyai banyak kesamaan dengan negara Malaysia. Salah satu negara minat saya ialah negara Korea. Saya amat terpesona dengan keindahan di sana. Kos kehidupan tidak begitu tinggi. Yang paling penting ialah banyak pusat pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa terletak di Negara Korea. Hal ini sesuai dengan dasar kerajaan, iaitu Dasar Pandang ke Timur.
Secara semulajadi, saya mengeluarkan hasil simpanan pusaka saya, iaitu album stem dari pelosok timbunan buku. Album stem ini selalu mengiringi ke mana saya pergi. Ia membuka mataku untuk mengenal dunia. Saya selalu menjenguk sambil menyusun koleksi saya. Penampilan stem ini akan melegakan hati saya yang penuh kedugaan dan keresahan. Tanpa disedari koleksi saya sudah tidak terkira banyak. Ya tak ya juga, stem dari Korea pun menjadi minat saya. Saya cuba menggambarkan keadaan di Korea dengan stem yang ada. Saya merasai pertukaran musim. Pelbagai pokok bunga bertukar wajah menyambut pelbagai musim. Haiwan dan burung juga tidak pernah leka membina sarang untuk menyambut kelahiran anak mereka. Gadis-gadis yang cantik dan menawan sedang mencuba pakaian kostum yang baru untuk menyambut musim perayaan. Kelihatan gelagat-gelagat anak-anak muda bermain bola sambil berkejaran mengisi zaman kekanakan mereka.
Betapa indahnya suasana ini! Alangkah baiknya saya dapat turut serta. Saya akan melantar di bawah pohon pokok yang indah sambil mendengar bunyi kicauan burung diiringi dengan bunyi kanak-kanak bersukaria. Saya juga teringin memakai kostum tradisional Korea sambil menari tarian tradisional Korea. Kenangan yang indah ini pasti kurakamkan. Selain itu, saya akan menjelajah seluruh pelosok negara dari kehijauan hutan, ke kemegahan sejarah, ke keunggulan pembangunan negara. Seperti kita sedia maklumkan, banyak produk moden dari Korea juga membanjiri pasaran dunia. Kualitinya amat dikagumi ramai. Oleh itu, saya boleh membelajari tradisi dan budaya mereka yang cemerlang ini. Lebih-lebih lagi, negara kita sedang mengecapi kejayaan untuk menuju ke negara maju untuk merealisasikan Wawasan 2020.
Suasana yang tenang dan tenteram bertukar menjadi bersemangat dan panas. Rancangan radio memainkan lagu Hip Hop dari Korea. Inilah satu contoh integrasi budaya muzik Korea dengan Eropah. Rentak lagu ini amat unik dan ia digabungkan oleh dua lagu yang berlainan. Saya hanya mengenali kumpulan penyanyi bernama Solid. Semua ini saya belajar dari seorang kawan Korean. Kononnya, seronok mendengar lagu itu sambil menari mengikut rentaknya. Saya telah banyak mendengar tentang Korea melaluinya. Adalah tidak sempurna jika saya mengenali tanpa pernah mengunjungi ke sana.
Selain itu, saya diberitahu bahawa ramai penduduk Korea meminati Baseball, Softball, bola tampar dan bola sepak. Di samping itu, dia kerap kali mengajar saya bahasa Korea. Usahanya membuahkan hasil kerana sekurang-kurangnya saya mampu membaca bebarapa patah bahasa Korea. Akan tetapi, saya percaya saya masih belum sampai ke tahap tadika.
Kini tiba masanya, saya akan menceritakan masakan Korea. Sebenarnya, masakan Korealah yang menjadi daya tarikan saya. Masakan mampu mencerminkan keunikan tradisi dan peradaban bangsa tertentu. Masyarakat yang bertamadun mementingkan adat dan gaya memakan. Korea juga mempunyai adat ketika memakan. Mereka mengaji makanan mengikut keperluan nutrisi dan musim. Kebanyakan makanan mereka terdiri daripada sayuran dan ikan serta nasi. Hal ini disebabkan bentuk muka bumi mereka. Contohnya, Kimchi adalah masakan terdiri daripada beberapa jenis sayuran yang diperam bersama-sama. Di samping itu, Chotkal terdiri daripada ikan. Kek Nasi pula terdiri daripada nasi atau kacang. Di Malaysia adalah sukar untuk merasai masakan Korean. Ada pun hanya di kota dan dahlah mahal. Inilah satu halangan bagi saya sebagai pengemar makanan pelbagai bangsa.
Setelah penat menceritakan gaya hidup dan tradisi Korea. Eloklah saya pergi membeli-belah. Korea juga terkenal dengan tempat perlancongan dan pasaraya. Ada juga kolam-kolam, pulau-pulau atau taman-taman sesuai untuk pelancong berehat. Saya ingin membeli barangan kenangan atau cenderamata kepada saudara mara dan sahabat saya di kampung. Saya ingin membeli patung-patung dan ukiran kesenian kepada nenek saya, pakaian kostum kepada kakak-kakak saya, kuih-muih dan makanan kepada ibu bapa saya dan banyak lagi.
Eh, ke mana pergi pula kompleks membeli-belah ?! Mana saya punyai oleh-oleh?! Manakah Kimpo’ International Airport?! Tolong! Tolong! Amat gelap ni!
Saya terdengar bunyi benda terjatuh ke lantai. Oh, rupanya saya mimpi. Inilah dikatakan pandai berangan-angan saja. Mana boleh kerap bermimpi saja. Saya mesti berusaha cepat! Dengan keadaan separuh sedar, saya mencari kedudukan pencil saya yang telah jatuh. Dengan perlahan-lahan mengalihkan pencil ke depan mata saya. Saya pun memeras otak sedia meneruskan esei saya.
Tiba-tiba baru saya sedar esei saya sudah siap. Oleh sebab saya terlalu letih, saya tertidur sewaktu menulis. Jam sudah menuju 5 pagi. Dengan hati yang lega, saya menulis ayat yang terakhir, iaitu ‘An Nyoung Korea, saya datang!’.
(2048 patah perkataan) Oleh Tan Chew Pheng
No comments:
Post a Comment