Spectacular Year 2012. 2012辉煌年! ~~~~~ Our Feel Our Mind Our Action Make The Different ~~~~~ Vote For Great Leaders 选贤与能 Undilah Pemimpin Yang Berkaliber

Friday, 2 June 2006

DAP Untuk Semua Warga Malaysia


Kepada semua warga Malaysia yang memperjuangkan keadilan untuk semua,

Adakah kita sedar...
UMNO memimpin Melayu juga akan membinasakan Melayu,
MCA memimpin Cina juga akan membinasakan Cina,
MIC memimpin India juga akan membinasakan India,...
Siapakah yang beruntung?
Jelasnya, Kolonis Barisan Nasional (BN) yang ketagihan kuasa dan wang!

Betulkah konsep ini...

UMNO+MCA+MIC+…↔BN+γ(Rasuah,boros,inflasi,lembap,sombong…)

Bolehkah parti-parti komponen BN mencapai perpaduan dan keadilan untuk semua rakyat? Jelasnya, terbukti gagal setelah sekian lama kita sudah merdeka (49 thn)! Parti-parti berkenaan hanya memperjuangkan kepentingan masing-masing, sedangkan kepentingan rakyat jelata dilupakan. Barisan ini umpama satu Boom Nuklear (BN) yang besar beradioaktif dan ia mampu memusnahkan seluruh peradaban Malaysia. Memang sudah dijangkakan, kebanyakan dasar dan rancangan Malaysia berasaskan pembahagian kuasa antara kolonis, lebih jelas lagi pada masa pilihanraya umum. Justeru itu, parti untuk semua warga Malaysia perlu diperkenalkan dan diperkembangkan untuk menyekatkan kolonialisme ini demi memastikan pemimpin yang berkebolehan saja dipilih.

Akan tetapi, timbul pula masalah ini...
- Sanggupkah kita pinggirkan parti yang bercorak kaum ini?

- Sanggupkah Melayu meninggalkan UMNO? Seperti Cina meninggalkan MCA?

- Pernahkah kita menanya diri sendiri bahawa parti bercorak kaum seperti UMNO, MCA, MIC dll masih sesuai terus wujud dalam perjuangan politik Malaysia?

- Adakah parti-parti sedemikian perlu dipertahankan demi menjaga maruah dan hak masing-masing?

- Adakah BN masih kukuh dan kuat untuk merealisasikan Misi Negara memandangkan masih wujud prasangka dan ketidakfahaman antara parti?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa perjuangan politik Malaysia atau reformasi tidak akan berjaya tanpa penglibatan atau perwakilan kaum Melayu. Sebenarnya, parti pembangkang seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP) sudah sekian lama memperjuangkan keadilan untuk semua warga Malaysia. Keahliannya terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang bersetuju dengan cabaran misi Utamakan Malaysian.

Namun, kenapa DAP masih kurang popular di kalangan kaum Melayu?

a) DAP menggunakan slogan ’Utamakan Malaysian’, DAP tidak pernah ada slogan ’Hidup Cina’ atau ’Hidup Komunis’, walhal UMNO telah lama menyahut ’Hidup Melayu’ atau lebih tepat ’Hidup UMNOputra’. Siapakah yang lebih bersifat perkauman?

b) DAP tidak pernah melakukan keganasan atau permusuhan malah membantah kelakuan sedemikian sepenuhnya. DAP memperjuangkan hak-hak semua rakyat dalam dewan perundangan secara demokrasi. Kenapa kita masih dihantui dengan tragedi 13 Mei dan Zaman Darurat? Sejarah hitam ini tidak sepatutnya menjadi alasan dan halangan untuk rakyat mara kehadapan dan menerima cabaran yang baru!

c) Kenapa BN enggan menerima hasil kajian sejarah Malaysia yang mencetuskan pandangan berlainan? Apakah niat dan agenda mereka yang sebenar untuk bersifat memilih dalam sejarah? Kita sudah tahu BN bermasalah dan kita sedang menderita! Kenapa kita masih sanggup diperbodohkan oleh mereka! Kita bukan alat memancing undi!

d) DAP tidak pernah mengesyaki kedudukan kaum Melayu dalam Malaysia, harapan pula UMNO jangan meragui jasa dan pengorbanan kaum lain terhadap negara Malaysia. Oleh itu, semua rakyat patut mempunyai hak dan peluang yang sama, bubarkan bumiputra/non-bumiputra dan Malaysia BUKAN Negara Islam!

e) Kaum Melayu seharusnya memberanikan diri untuk menolak segala hak-hak istimewa mereka kerana hak inilah yang bakal memusnahkan mereka dalam arus globalisasi. Hak inilah telah disalahgunakan oleh UMNO untuk menolong kolonisnya! Hak inilah yang menghalang perpaduan Malaysia! Hak inilah yang menjadi beban kepada semua rakyat Malaysia!

f) Kaum Melayu juga seharusnya berada di barisan hadapan dalam integriti antara kaum. Kaum Melayu haruslah lebih terbuka dan proaktif untuk menerima dan mendalami budaya dan agama lain seperti belajar bahasa cina atau tamil, belajar falsafah dan agama lain, menerima serta menghormati ketidaksamaan dan larangan kaum lain. Jika boleh, elakkan menilai seseorang atau kebudayaan seseorang dengan hanya menggunakan pegangan atau ajaran sendiri!

g) DAP membantah keras terhadap BN yang menilai keadilan melalui pangkat, nama, faedah dan kuasa politik. BN sanggup menghalang kebebasan rakyat jelata untuk bersuara, berkumpul, berkempen, bersosial dll dengan dasar yang kotor demi memperkukuhkan pengaruh politik mereka malah telah melampaui kemuliaan Mahkamah dan Dewan Rakyat.

DAP bukan sahaja mengharapkan sokongan dan bantuan dari semua kaum, sebenarnya DAP sedia menerima keahlian dari semua gologan masyarakat secara terbuka khususnya DAP sangat mengalu-alukan kaum Melayu dan kaum asli dari Sabah dan Sarawak. Dengan penglibatan dan perwakilan semua kaum termasuk kaum Melayu, DAP mampu mempertahankan hak-hak asasi semua rakyat dan juga hak-hak untuk umat Islam.

”DAP tidak akan putus asa untuk mempertahankan hak-hak semua kaum melainkan kamu (Melayu) sudah meninggalkannya.”

Akhirnya, saya ingin menegaskan di sini bahawa sesiapa yang berkebolehan juga mempunyai peluang yang sama untuk menjadi pemimpin dan menyandang jawatan tinggi dalam DAP! Inilah seharusnya diamalkan di semua jabatan kerajaan dan swasta supaya kita mampu bersaing dan berkembang.

”Sesiapa yang berkebolehan pun seharusnya boleh dipilih menjadi Menteri Besar mahupun Perdana Menteri Malaysia.”

Suara dari seorang yang mampu belajar walaupun aktif bersosial...
平之著
一向跟感性、理性的人为友,不会不忠不义、不会不仁不孝。

No comments: