Spectacular Year 2012. 2012辉煌年! ~~~~~ Our Feel Our Mind Our Action Make The Different ~~~~~ Vote For Great Leaders 选贤与能 Undilah Pemimpin Yang Berkaliber

Monday, 5 November 2007

Perhimpunan BERSIH, 10 November 2007

10 NOVEMBER : GELOMBANG KUNING KEDAULATAN DAN KEAMANAN
Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan menganjurkan satu perhimpunan raksasa yang dinamakan perhimpunan rakyat pada Sabtu 10 November ini di Dataran Merdeka. BERSIH dijangka akan mengadakan perhimpunan tersebut bermula jam 3 petang.
"Perhimpunan tersebut seterusnya akan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum tuntutan rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyuarakan hasrat rakyat untuk menjalani pilihan raya yang bersih dan adil seperti yang terkandung di dalam tuntutan BERSIH sebelum ini,"
Justeru, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) menyeru sukarelawan-sukarelawan GERAK untuk bersama-sama turun dan menyertai perarakan tersebut dalam menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

APA YANG ANDA PERLU LAKUKANPeserta perhimpunan perlu menjaga disiplin sepanjang masa kerana kita berhimpun secara aman. Kita berhimpun untuk merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Hadirkan diri dan jangan timbulkan lakukan apa-apa tindakan sebelum mendapat izin dan makluman dari pimpinan perhimpunan.
Datang dan sertai kelompok orang yang ramai mengikut pertubuhan masing-masing dan jangan berjalan sendirian.
Jangan membawa senjata api atau apa-apa juga benda-benda tajam atau bahan bakar.
Jangan berlari, jangan membaling apa-apa, jangan rosakkan sebarang kenderaan atau apa juga yang ditemui di sepanjang jalan seperti pokok-pokok, tanaman bunga, papantanda, bendera dan sebagainya serta jangan memaki atau berbahasa kesat kepada sesiapa sahaja.
Elakkan menghisap rokok di sepanjang jalan kerana puntung rokok yang dibuang mungkin boleh mengakibatkan kebakaran dan kemusnahan.
Seandainya kenderaan anda ditahan oleh polis
1) Dapatkan kad kuasa polis yang menahan dengan baik untuk pastikan beliau sememannya seorang anggota polis.
2) Ambil gambar dari beberapa kamera yang berbeza terhadap insiden itu
3) Jangan lari, jangan takut tetapi jangan timbulkan sebarang ketegangan
4) Kawal emosi serta berhubung dengan pimpinan sekadar segera
Polis yang berpakaian preman (SB-SB) amat mahir untuk menimbulkan provokasi di dalam keadaan-keadaan seperti itu. Justeru itu tuan-tuan pastikan:
1) mengenali provokator yang bertindak lain dari apa yang diarahkan pimpinan
2) mengenalpasti mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya ada di dalam sebarang perhimpunan aman seperti membakar bendera, membaling batu, memaki hamun, merosakkan kenderaan dan harta benda serta bertindak ganas
3) mengambil gambar-gambar mereka dan perlakuan mereka dari kamera atau videocam yang banyak dan berbeza-beza (penting untuk evidence jika ada kes mahkamah dan penting juga jika satu rampas ada 10 yang lain)
4) bertanya kawan jika ada yang mengenali "orang yang bertindak ganjil" itu
5) bertindak untuk menasihat "perbuatan ganjil" itu dihentikan
6) melihat kelompok yang membawa sepanduk/banner, supaya hanya sepanduk/banner yang diluluskan sahaja dibawa (ertinya tiada sepanduk/banner yang bermaksud lain daripada motif atau motto perhimpunan)
7) pakaian yang digunakan oleh peserta tidak ada tulisan atau gambar motif keterlaluan, sebaik-baiknya pakaian berwarna kuning atau memakai pakaian rasmi perhimpunan.
Semoga PERHIMPUNAN 10 NOVEMBER 2007 ini berjaya dengan cemerlangnya dan menjadi titik tolak baru di dalam sejarah kebangkitan rakyat negara ini serta mendapat keberkatan Allah s.w.t. hendaknya.
Dipetik dari laman Tranungkite

AMARAN OLEH RAKYAT MALAYSIA : Ini adalah satu perhimpunan aman rakyat Malaysia yang selaras dengan kehendak Artikel Perlembagaan Malaysia. Kekacauan, provokasi dan lain-lain bentuk keganasan daripada mana-mana pihak adalah dilarang sama sekali. Semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menyertainya tanpa rasa takut daripada ugutan atau ancaman daripada mana –mana pihak.


GERAKGerakan Rakyat Anti KorupsiCivil Movement Against Corruption

No comments: