Spectacular Year 2012. 2012辉煌年! ~~~~~ Our Feel Our Mind Our Action Make The Different ~~~~~ Vote For Great Leaders 选贤与能 Undilah Pemimpin Yang Berkaliber

Friday, 4 August 2006

Islam Hadhari Yang Menuju Ke Zaman Jahiliah



Zaman Jahiliah


Zaman kegelapan atau kejahilan berlaku sebelum Islam bertapak di Tanah Arab. Kehidupan pada masa itu sangat perih dan papa serta huru hara. Yang miskin bertambah miskin, yang kaya lagi kaya. Keganasan dan penipuan menjadi kebiasaan hidup. Nyawa bagaikan tiada berharga selalu ditindas dan maruah boleh digadaikan. Malah, penduduk Arab tiada beragama dan menyembah patung berhala serta mengagung-agungkan kekayaan dan kebendaan. Kebanyakan mereka buta huruf dan tidak berbelas kasihan.

Pada masa itu, lahirlah wahyu dari tuhan disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W, kemudian dinamakan Islam. Sejurus saja Islam telah diperkembangkan ke seluruh pelosok Arab dan terus dimegahkan oleh Khalifah-khalifah kerana Islam mudah difahami dan sesuai dengan keadaan semasa. Islam bagaikan satu cahaya pelita dalam hidup yang penuh aib. Golongan tiada beragama dari kaum Quraisy dianggap kafir kerana mereka memang terhina dan sentiasa melakukan penidasan.


Islam dapat menyakinkan penduduk setempat dengan menjadi sebuah negara yang kuat, adil dan makmur. Kehidupan penduduk tidak terikat mahupun terseksa dengan ajaran agama. Mereka bebas bersosial dan berdagang. Semua lapisan masyarakat tidak pernah dipinggirkan, mereka tidak perlu dikurniakan hak-hak istimewa. Perbincangan dan kajian tentang agama Islam kerap dilakukan tanpa soal sensitif dengan berorentasikan bukti-bukti atau fakta-fakta yang kukuh. Perkembangan kesusasteraan, kesenian dan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang juga digalakkan.

Islam Hadhari

Konsep baru ini dilemparkan kepada penduduk Malaysia secara tergesa-gesa oleh perdana menteri kita dan lebih merupakan seruan baru parti UMNO, lanjutan daripada ’Hidup Melayu’. Ia bagaikan indah khabar dari rupa. Apatah itu hanya ilham Pak Lah atau wahyu dari tuhan. Ia diperkenalkan tanpa berinteraksi dengan berbilang kaum dan lebih berbentuk kolonisasi atau penjajahan baru. Sehingga kini masih kabur dan tiada matlamat yang jelas.


Adakah Islam Hadhari menjanjikan keadilan, kebebasan, perpaduan, kemukmuran dan keamanan bersama? Meneliti pencapaian semasa, jelasnya ia tidak dapat menyakinkan kita malah keadaan kini semakin tegang. Kaum bukan Islam telah biasa berdikari dan terus maju tanpa bantuan kerajaan mahupun kurniaan hak-hak istimewa. Mereka masih mengamalkan kebudayaan murni mereka sendiri dan sentiasa berkembang menimba ilmu yang baru. Mereka tidak lagi kafir kerana mereka mempunyai agama. Mereka juga berfikiran terbuka dan rasional untuk membincangkan hal-hal yang dulu ditakuti dan dikatakan sensitif.


Kenapa sebilangan umat Islam tidak berfikiran terbuka? Adakah kita menyedari bahawa kita akan lebih menghayati agama sendiri dan pada masa yang sama menghormati pilihan orang lain. Adakah kita takut dicabar kerana kemungkinan kita tidak kuat pada pegangan sendiri atau kurang fasih dalam tafsiran Islam atau berniat jahat mempergunakan dan mengkianati ajaran sendiri? Jika ini hakikatnya, maka sudah tibanya zaman kejahilan Islam, yang telah hilang arah tuju dan sanggup mengubahkan intipati Islam untuk kepentingan sendiri.


Sebagai contohnya, adakah Islam mengharamkan kewujudan babi atau anjing dalam kehidupan kita? Jadi, kenapa kita mesti membunuh anjing secara kejam dan menutup ladang babi punca pencarian segolongan penduduk? Dalam konteks yang sama, Islam menyatakan segala haiwan dan hidupan termasuk iblis mempunyai fungsi tertentu dalam alam semesta dan tidak patut dihapuskan sewenang-wenangnya. Justeru itu, kenapa kita tidak boleh hidup bertoleransi dalam alam semesta ini? Kenapa kita mesti berperang? Agama Islam sebenarnya ada banyak kelebihannya dan diterima sejak berabad-abad dahulu. Islam telah diakui sebagai agama rasmi Malaysia tanpa dipertikaikan. Akan tetapi, janganlah bermain politik dengan agama.

Suasana Politik Di Malaysia

Keadaan politik di Malaysia kurang sihat sejak kebelakangan ini, ditambah pula kelembapan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN). Kebebasan bersuara dan kebebasan berkempen selalu dipantau oleh kerajaan. Perasaan minoriti dan pihak pembangkang disekat dan terpaksa menurut ketetapan pihak berkuasa. Peristiwa pelajar UPM dihina dan dipermain pelajar badut pujaan universiti menjadi penanda pembinasaan generasi muda. Menantu Pak Lah kononnya berpendidikan tinggi, hampanya berkelakuan liar melakukan demonstrasi lawak.


Apakah ertinya keadilan jika rakyat sendiri pun dipecahbelahkan? Adakah kita bebas beragama? Kalau ya pun, kenapa kita memandang rendah dan menghina murtad, mungkin ada sebabnya? Apa ertinya dinamai umat Islam padahalnya tidak mempercayainya? Adakah anak kita mempunyai hak untuk memilih agama sendiri apabila dewasa nanti seperti hak pilihanraya? Adakah kelainan agama menjadi halangan dalam perkahwinan dan kenapa tidak?


Sebenarnya, perbincangan terbuka dan interaksi antara agama amat penting. Ia tidak akan mencermarkan kemurnian agama dalam sanubari seseorang malah akan lebih menghayatinya serta berupaya menghilangkan wasangka antara lain. Namun, adakah masalah perpaduan atau tegangan antara kaum akan terselesai jika semua penduduk menganut agama yang sama dan menggunakan bahasa yang sama?


Keadaan yang lebih merumitkan ialah Malaysia juga dihantui dengan pengakuan bumiputra dan bukan bumiputra. Semua rakyat Malaysia tidak berhak memilih samada bumiputra atau tidak walaupun kebanyakannya lahir di tempat yang sama, menimba ilmu yang sama, menerima makanan yang sama dan mempunyai mykad yang sama. Rakyat Malaysia dibebankan dengan fakta sejarah, fakta majoriti dan fakta warna kulit. Bentang ini amat tinggi melainkan kerajaan sudi menumbangkannya menjelang Hari Kebangsaan Ke-50. Ia tidak patut dipertahankan dengan topeng palsu untuk menjaga maruah bangsa tetapi sebenarnya untuk kepentingan politik tertentu.

Negara Malaysia Bukan Negara Islam Negara

Malaysia tidak berhak digelar Negara Islam jika syarat-syarat berikutnya tidak dipenuhi. Tegangan antara kaum masih wujud dalam Malaysia di mana pra wasangka dan tidak adil sering berlaku. Ajaran agama khususnya Islam tidak dapat dibincangkan secara terbuka dan kebebasan bersuara gagal dipertahankan. Agama Islam tidak dapat menjanjikan kemakmuran, keharmonian, dan kebebsan untuk semua rakyat Malaysia. Politik Malaysia telah menghalang kemajuan nilai murni, rohani, sahsiah, emosi dan ilmiah semua golongan lapisan masyarakat. Kebudayaan dan bahasa kaum masing-masing juga gagal dipertahankan. Pendapat kaum bukan Islam juga tidak diterapkan dalam pembentukan negara Islam. Perkembangan agama lain dalam negara Malaysia juga terbantut. Terdapat banyak lagi unsur dan perkara yang masih disifatkan sensitif dan tidak terjawab. Fakta-fakta sejarah masih kurang lengkap dan bersifat memilih disalahgunakan untuk meningkat martabat politik tertentu. Terdapat juga akta-akta dan undang-undang negara yang berat sebelah dan menyekat perkembangkan ilmu.

Harapan Saya Untuk Semua

a) Perbincangan atau interaksi antara agama patut digalakan seboleh-bolehnya diadakan secara tahunan dengan moga-moga persefahaman akan tercetus. Perbincangan ini diketuai oleh ulama Islam selaku agama rasmi negara.


b) Perbincangan atau interaksi antara kaum khususnya untuk gologan awam patut diadakan bukan sahaja melalui berkongsi raya. Seterusnya membubarkan pengakuan bumiputra/bukan bumiputra.


c) Rakyat Malaysia seharusnya memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris memandangkan penguasaan bahasa ini semakin merosot. Perkenalkan teknik-teknik pengajaran baru untuk bahasa Inggeris bukan sahaja mementingkan perbendaharaan kata tetapi juga komunikasi dan fahaman.


d) Bahasa Malaysia masih bahasa rasmi tidak akan dipinggirkan, sebagai satu subjek yang penting dalam persekolahan dan digunakan untuk berurusan dengan kerajaan.


e) Pembelajaran bahasa ibunda juga patut dikekalkan sebagai satu bahasa yang mudah difahami. Rakyat juga patut digalakkan pembelajaran pelbagai bahasa seperti bahasa Jepun, korean dll. Lebih banyak bahasa difahami membolehkan kita mempunyai lebih peluang dan disanjung tinggi.


f) Mansuhkan segala akta atau undang-undang yang tidak adil serta mengugat kebebasan. Tingkatkan pembanterasan rasuah, jenayah, penyelewengan dan keganasan. Biarlah pembangunan dan kemajuan secara menyeluruh untuk semua kaum, keupayaaan dan kepakaran juga patut dihargai.


g) Sejarah Malaysia patut dikemaskini dan dilengkapi dengan mengambil pendapat dari pelbagai pihak. Banyak sumber sejarah dari orang awam semakin dilupakan dan patut dipelihara. Sebaik-baiknya adakan perbincangan atau perdebatan tentang sejarah Malaysia secara terbuka.

Usaha dan Matlamat DAP

DAP sedang berusaha menuju ke arah ’Utamakan Malaysian’ yang pasti mencabar dengan matlamat yang jelas dan praktikal. Untuk merealisasikannya supaya tidak hanya diperkata-katakan saja, DAP patut menggalakkan penglibatan dan keahlian semua kaum termasuk kaum Melayu dan asli kerana tanpanya usaha ini akan menjadi sia-sia. DAP seharusnya membekalkan ruangan khususnya ahli Melayu untuk bersuara dan beraktiviti. Aktiviti-aktiviti boleh disertai semua kaum serta menggalakkan penggunaan bahasa Malaysia atau Inggeris. Seboleh-bolehnya pemimpin DAP lebih proaktif untuk bertemu dengan masyarakat khususnya di perkampungan Melayu dan kerap berinteraksi dengan mereka. Pertemuan sedemikian membolehkan kita lebih memahami masalah dan pendapat setempat. Perbincangan atau interaksi antara parti politik lain juga seharusnya diadakan selalu dan berterusan supaya mempunyai kata sepakat dan persefahaman tentang sesuatu isu bukan sekadar untuk pilihanraya saja. Dengan ini, DAP dapat menunjukkan teladan yang baik kepada semua kerana dapat dibawa berbincang samada dalam ataupun luar parti.


Suara dari seorang yang mampu belajar walaupun aktif bersosial...

平之著
一向跟感性、理性的人为友,不会不忠不义、不仁不孝。

No comments: