国阵政府的危机
Saya, penduduk setia Pulau Pinang,
Memerhati dan meneliti pimpinan Pak Lah,
Menunggu dan masih menunggu janjian revolusi,
Revolusi Kerajaan Cekap Tanpa Rasuah.
Apa itu erti Revolusi,
Jika hanya janjian kosong dan slogan,
Rakyat M’sia menegur dikatakan pengkhianat,
Menteri membebel pula dijadikan pedoman.
Apa itu erti PDRM,
Suruhanjaya Diraja diwujudkan tanpa susulan,
Harapan seluruh rakyat turut berkecai,
Polis M’sia sebenarnya yang beraja.
Apa itu erti Berjimat,
Rakyat kian bersusah dan menjadi papa,
Pegawai dan GLC memboros menerima rasuah,
Pembangunan pula menelan wang tanpa terancang.
Apa itu erti Kebebasan,
Rakyat diperbodohkan dengan media terkongkong penuh hiburan,
Mahasiswa mahasiswi pula diibaratkan ulat buku penuh berhutang,
Suhakam BPR Mahkamah bagaikan harimau tanpa taring.
Apa itu erti Malaysian,
Jika mengamalkan prinsip bumiputra ketuanan Melayu,
Bukan Islam dilabel kafir pula terpaksa menuruti budaya Islam,
Rakyat berderma dan berkempen mempertahankan bahasa ibunda.
Apa itu erti Demokrasi,
UMNO menjadi penguasa Rakan Pakatan dikorbankan,
Parti Pembangkang didesak ditindas dimaki,
Memoradum pakar-pakar dan NGO pula dipinggirkan.
Apa itu erti Keamanan,
Peragut perogol pembunuh penyedulup bermaharajalela,
Demonstrasi aman dianggap pengganas ancaman negara,
Kalau nasib malang penjara ISA pula menimpa.
Apa itu erti Keselamatan,
Highway retak tanah runtuh Air banjir,
Kemalangan kematian punca penyelewengan,
Tuhan dan cuaca dijadikan penyebab.
Apa itu erti Kebersihan,
Sungai dicemar hutan ditebang sampah dilonggok,
Penghuni menahan sunggutan membayar cukai,
M’sia semakin hilang daya tarikan pelancong.
Apa itu erti Budibahasa,
Sambil lewa muka masam terukir pada pegawai kaunter,
Budaya lewat mengejar masa kebiasaan kenderaan awam,
Pendidikan moral henti setakat persekolahan.
Saya, tanpa berdemonstrasi,
Bukannya saya bersetuju dengan semua dasar negara!
Mereka, yang berdemonstrasi,
Bukannya tidak cinta pada negara M’sia!
Suara dari seorang yang mampu belajar walaupun aktif bersosial...
平之著
一向跟感性、理性的人为友,不会不忠不义、不仁不孝。
槟州民主行动党网页发表
http://www.dappenang.org/hottopics.htm
No comments:
Post a Comment